Tok Guru

Tok Guru
Tiada pemimpin yang yang zuhud seperti Tuan Guru Nik Aziz.
Powered By Blogger

Search This Blog

Pages

Friday 16 July 2010

Selamatkan Negara Kita


Inilah hakikat yang terpaksa dikecapi oleh rakyat 1 Malaysia yang mana rakyat diutamakan, muaaaaahhhhh.......... Sesudah mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu Anuar adalah agen CIA, kecurian pasir yang berleluasa di Selangor dan PAS adalah parti yang sesat, maka inilah hadiah kerajaaan UmGok/Bn kepada rakyat Malaysia.

Menjelang bulan Ramadhan dan Aidil Fitri yang hampir tiba,. maka skrip dan lakonan yang sama tetap berulang kembali bagi menambah keperitan dan bebanan bagi semua rakyat untuk meneruskan arus kehidupan. Semua rakyat perlu diperbodohkan bagi meneruskan kesinambungan rakus kerajaan untuk terus merompak duit rakyat dan mengekalkan kuasa mereka. Pakcik2 dan Makcik2 di kampung dan di felda perlu dikelirukan dengan ayat2 SELARAS bagi mengkaburi pemikiran mereka2 ini. Apa lagi yang harus diperkatakan bagi menyekat harga barangan yang akan terus melambung dengan kenaikan harga minyak, gas dan gula berkuatkuasa pada tengah malam ini 15/07/2010.

Tidak cukup kah dengan bebanan cukai, saman yang kerap dijalankan oleh PDRM mahupun JPJ dan harga barangan yang melambung serta berbagai masalah yang lain untuk terus menindas dan menzalimi rakyat ??????. Apakah pemimpin kita ini buta mata serta hati ataupun memamg telah dibutakan matahati oleh penasihat Zionis ( APCO ) untuk terus- terusan menjahanamkan rakyat Malaysia tanpa rasa belas kasihan.
Mungkin di ketika ini Menteri2 sedang lena dibuai mimpi yang indah bersama2 kemewahan yang dimiliki sedangkan rakyat tidur didalam kelaparan. Mereka2 ini layak dinobatkan sebagai petualang rakyat/negara kerana sanggup menjadi munafik dan mengaku sebagai pembela rakyat sedangkan mereka ini sebenarnya adalah perompak harta rakyat.

Ayuh,.... anak2 muda sekelian bangsa dan agama,.... mari kita bangun melawan serta bersatu untuk menumbangkan kerajaan yang korup dan zalim ini. Kita harus bangkit dan meneruskan agenda perubahan untuk selamatkan Malaysia dari pemerintahan yang kejam ini,..... harus kita tumbangkan gergasi yang bernama BN ini ,.. demi kesejahteraan dan demi maruah negara Malaysia. Anak muda harus bergerak untuk menyebarkan risalah kesedaran bagi semua bangsa terutama di kampung2 dan felda2 serta memperbanyakkan gerakan di serata pelusuk tempat. Kita harus berani turunke jalan2 raya jika keadaan memerlukan kita sampai ke tahap yang sebegitu...., kita mesti tunjukkan keberanian kita selaku anak muda penerus kesinambunggan seluruh bangsa di Malaysia ,.. demi untuk negara Malaysia yang kita cintai.

AyUh,...... LAWAN TETAP LAWAN,..... TAKBIR

Thursday 8 July 2010

Kancah peneroka


Kemelut yang masih belum ada tanda penyelasaian masih menghantui warga penroka felda dan generasi kedua, ketiga dan seterusnya. Apakah yang perlu direnungkan sejenak oleh semua pemimpin2 yang hanya pandai berkokok sedangkan natijahnya ekor bergelumang dengan tahi2 yang kotor dan amat busuk.

Warga felda majoritinya adalah bangsa melayu yang dahulunya hidup didalam kedaiffan untuk meneruskan kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada aspirasi negara Malaysia sendiri. Apa yang dapat kita lihat senerio kehidupan warga felda ini amat terkongkong dengan undang2 felda itu sendiri dan seolah-olah ianya dapat ditafsirkan seperti didalam bentuk perhambaan moden. Peneroka dinafikan hak mereka sendiri dan sentiasa di pantau supaya patuh kepada setiap arahan dan undang2 felda, sedangkan mereka adalah tuan kepada tanah rancangan itu. Kehidupan yang penuh liku2 keperitan, seperti masaalah bekalan air dan harga yang tidak stabil serta di tambah dengan gejala2 moral dan penyalahgunaan dadah yang begitu berleluasa di mana2 felda.

Daripada lapuran audit membentangkan bahawa felda mempunyai rezab tunai 1.35 billion setelah ianya susut sebanyak 7.9 billion dalam masa 5 tahun sahaja. Sepatutnya felda pada masa kini harus mempunyai rezab tunai hampir 9.28 billion jika tiada ketirisan yang berlaku didalam masa 5 tahun kebelakangan ini. Apakah dengan dana yang sebanyak ini dimiliki oleh felda ianya tidak mampu untuk mengubah senerio yang masih terus melanda warga felda sekarang ???# ,...apakah pemimpin kita buta mata hatinya serta pekak pendengarannya untuk melihat dan mendengar setiap rintihan warga peneroka yang majoritinya adalah bangsa melayu sendiri. Apakah setiap rintihan dan permasalaahan warga peneroka ini hanya di kenang sewaktu adanya pilihanraya sahaja??????,.. sampai bila warga felda sentiasa digula2kan dan seterusnya di perbodohkan hak mereka sendiri ???,.. adakah sehingga 7 generasi atau seterusnya sehingga kiamat???.

Warga felda serta generasi yang mewarisi seharusnya sedar bahawa dengan dana felda yang banyak , kita sepatutnya mampu untuk menguruskan serta merancang dengan lebih baik serta tersusun untuk kemajuan serta kesinambungan kejayaan ekonomi setiap warga peneroka itu sendiri. Janganlah kita leka dan lalai dengan setiap cabaran semasa dan mestillah sentiasa istiqamah didalam perkara urusan dunia dan akhirat.

Soladiriti anak muda berbagai bangsa dan agama sentiasa memerhati dan memantau setiap apa jua permasalaahan warga felda kerana kita adalah warga Malaysia yang sentiasa sayang kepada negara kita dan ingin melihat Malaysia maju, berjaya dan cemerlang di persada antarabangsa .

Lawan......... tetap ........ Lawan,.........Takbir

Jauh panggang dari api

Apa yang diterbitkan didalam Sinar Harian 4 Julai baru2 ini jelas menggambarkan sikap dan budaya mengampu ketua masih belum hilang di dalam politik umno itu sendiri. Warga pahang amat berdukacita apabila PM Najib Razak hendak disamakan martabat dan darjat sebaris dengan pejuang dan pahlawan Pahang yang luhur dan murni perjuangannya untuk membebaskan tanahair dari cengkaman penjajah Inggeris suatu ketika dulu.
Perjuangan Mat Kilau , Dato' Bahaman serta Tok Gajah tidak boleh hendak disamakan dengan perjuangan politik Najib Razak kerana perjuangan mereka adalah berpandukan kepada hukum Allah serta ingin melihat anak cucu mereka bebas dan merdeka dari ketuanan penjajah Inggeris di bumi Pahang ini. Perjuangan mereka juga bukan untuk mengumpul harta kekayaan untuk kaum keluarga serta cekal memegang prinsip tak kan tunduk kepada penjajah walau dengan apa cara sekalipun walau pun nyawa menjadi taruhan.
Apa yang boleh kita lihat pada senerio masa kini, musuh dijadikan sahabat demi untuk mencapai cita2 peribadi serta demi untuk mengekalkan kuasa serta pangkat.
Apa yang telah di lakukan oleh UMNO Bhg Jerantut, merupakan satu bentuk penghinaan keatas Pahlawan Pahang kerana Mat Kilau adalah pejuang yang tinggi martabat serta darjat, malah tahap pengajian ilmu agamanya jauh sekali jika hendak di samakan dengan Presiden UMNO mereka. Mat Kilau tidak pernah mengharapkan sebarang bentuk ganjaran serta pangkat kebesaran didalam perjuangan beliau, malah beliau telah dianggap pengkhianat diatas perjuangan suci beliau.
Janganlah kita sebagai perwaris perjuangan beliau termakan dengan tipu helah serta dilekakan oleh budaya songsang UMNO yang licik untuk memanipulasikan keadaan dan waktu. Perjuangan Mat Kilau tidak pernah menggunakan pangkat dan kuasa untuk kepentingan sendiri, malah jauh sekali untuk bersahabat dengan Yahudi Lahkantullah seperti apa yang berlaku pada ketika ini. Kami sebagai soladiriti anak muda Pahang berasa terpanggil untuk menyatakan rasa kekecewaan diatas sikap hipokrit UMNO ini kerana kami tidak mahu pejuang2 serta pahlawan2 kami dihina sebegini rupa. Ayuh anak2 muda perwaris perjuangan bangsa,... harus kita tolak serta nyahkan permainan kotor serta licik dari UMNO/APCO ini................ Lawan ..... Tetap....... Lawan,......Takbir

Sunday 27 June 2010

Lompat,... si Katak ,...... Lompat


Apalagi yang hendak dipersembahkan oleh petualang dan pengkhianat perjuangan rakyat ini,. seperti orang yang dirasuk oleh sumpahannya sendiri Ezam sanggup diperhambakan dan di cabul maruah dirinya demi untuk kepuasan matlamat peribadinya tercapai. Lagak dan persembahannya tak ubah seperti tukang karut yang biasa kita tonton di dalam persembahan watyang kulit.

Rakyat bukanlah sebodoh dan sehipokrit itu, untuk menerima apa juga betuk pendedahan yang langsung tiada kesan dan motif untuk dijadikan bahan rujukkan bagi mencapai status negara yang berjaya dan cemerlang. Ahli uMno/aPco sendiri pun tiada menunjukan sebarang minat dan sokongan kepada senator katak ini, kerana mereka merasakan perjuangan yang mereka korbankan selama ini taida nilai dan penghargaan dari pimpinan mereka sendiri sedangkan katak yang melompat mendapat habuan yang lebih lumayan serta pengiktirafaan yang lebuh tinggi dari mereka yang berjuang bersama2 dengan masyarakat dari peringkat bawahan.

Inilah senerio, amalan serta budaya uMno/aPco dulu, kini dan selamanya.. dan amalan ini juga bakal akan mentalkinkan uMno itu dengan lebih cepat kerana di tambah pula dengan amalan politik wang dan kroni. Kami dari sudut perjuangan soladiriti anak muda amat beterima kasih dengan situasi yang sebegini kerana ianya menjadi satu kelebihan kepada kami untuk menaganginya.

Untuk semua rakyat Malaysia berbilang kaum dan fahaman agama,.. marilah kita sama2 tumbangkan dan kuburkan uMno/aPco ini, .... sama2 kita bersatu dalam pakatan untuk mara ke Putrajaya.

Lawan ...... tetap..... Lawan

HiDup ......... RaKyat .. ..  MALAYSIA

salah gelangang

Jangan lah kita rakyat Malaysia hendak dikejutkan dan perbodohkan oleh kerajaan umno/apco dengan kemasukan seramai 40 orang ulamak muda ke dalam umno kerana ini semua adalah gimik politik yang diguna pakai untuk mengkaburi pemikiran pakcik2 dan makcik di kampung dan di felda2.

Ulamak sepatutnya digunakan untuk memantapkan lagi syiar dakwah ke atas pembangunan masyarakat yang sepatutnya di tunjangi oleh badan2 seperti JAKIM, IKIM dan sebagainya. Membawa masuk ulamak ke dalam kancah parti politik adalah sesuatu yang jauh lari dari matlamat apa yang sepatutnya perlu di pertanggungjawabkan ke atas golongan ini.

Jika kita renungkan kembali kisah Pak Anwar yang membawa kes beliau ke Mahkamah Syariah atas tuntutan qazaf kerana ianya melibatkan sesama islam,.... tetapi apa yang boleh kita lihat adalah, ianya telah dihalang sendiri oleh Menteri yang sepatutnya dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal agama islam itu sendiri. Oleh itu jangan lah kita leka dengan lawak bodoh serta dayus dari kerajaan umno/apco ini kerana fokus kita lebih jauh dan penting dari cerita2 yang melekakan dan memperbodohkan rakyat ini.

Begitu juga jika kita lihat tentang isu sumpah yang mana ianya amat memalukan kita sebagai orang islam, kerana taksubnya seseorang itu kepada pangkat dan darjat, sampai sanggup mengenepikan hukum2 yang sepatutnya di patuhi didalam islam itu sendiri. Perkara yang melibatkan akidah boleh dijadikan bahan permainan politik kotor untuk mengekalkan kuasa dan mengejar habuan harta dunia,.. masyaallah.

Setiap kita yang memegang kepada akidah serta tekad untuk membawa perubahan yang baik kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama mesti bersatu dan bertekad untuk sama2 di dalam satu pakatan untuk sama2 berjuang bagi menumbangkan kerajaan uMno/aPco yang telah terlalu lama menzalimi, mengkhianati serta memperbodohkan rakyat Malaysia ini.

Soladiriti anak muda harus bangkit menyatakan pendirian anak muda berbagai bangsa dan agama untuk melihat negara kita maju, berjaya dan di hormati oleh semua penduduk dunia.

Lawan tetap Lawan,...... Takbir