Tok Guru

Tok Guru
Tiada pemimpin yang yang zuhud seperti Tuan Guru Nik Aziz.
Powered By Blogger

Search This Blog

Pages

Thursday, 8 July 2010

Jauh panggang dari api

Apa yang diterbitkan didalam Sinar Harian 4 Julai baru2 ini jelas menggambarkan sikap dan budaya mengampu ketua masih belum hilang di dalam politik umno itu sendiri. Warga pahang amat berdukacita apabila PM Najib Razak hendak disamakan martabat dan darjat sebaris dengan pejuang dan pahlawan Pahang yang luhur dan murni perjuangannya untuk membebaskan tanahair dari cengkaman penjajah Inggeris suatu ketika dulu.
Perjuangan Mat Kilau , Dato' Bahaman serta Tok Gajah tidak boleh hendak disamakan dengan perjuangan politik Najib Razak kerana perjuangan mereka adalah berpandukan kepada hukum Allah serta ingin melihat anak cucu mereka bebas dan merdeka dari ketuanan penjajah Inggeris di bumi Pahang ini. Perjuangan mereka juga bukan untuk mengumpul harta kekayaan untuk kaum keluarga serta cekal memegang prinsip tak kan tunduk kepada penjajah walau dengan apa cara sekalipun walau pun nyawa menjadi taruhan.
Apa yang boleh kita lihat pada senerio masa kini, musuh dijadikan sahabat demi untuk mencapai cita2 peribadi serta demi untuk mengekalkan kuasa serta pangkat.
Apa yang telah di lakukan oleh UMNO Bhg Jerantut, merupakan satu bentuk penghinaan keatas Pahlawan Pahang kerana Mat Kilau adalah pejuang yang tinggi martabat serta darjat, malah tahap pengajian ilmu agamanya jauh sekali jika hendak di samakan dengan Presiden UMNO mereka. Mat Kilau tidak pernah mengharapkan sebarang bentuk ganjaran serta pangkat kebesaran didalam perjuangan beliau, malah beliau telah dianggap pengkhianat diatas perjuangan suci beliau.
Janganlah kita sebagai perwaris perjuangan beliau termakan dengan tipu helah serta dilekakan oleh budaya songsang UMNO yang licik untuk memanipulasikan keadaan dan waktu. Perjuangan Mat Kilau tidak pernah menggunakan pangkat dan kuasa untuk kepentingan sendiri, malah jauh sekali untuk bersahabat dengan Yahudi Lahkantullah seperti apa yang berlaku pada ketika ini. Kami sebagai soladiriti anak muda Pahang berasa terpanggil untuk menyatakan rasa kekecewaan diatas sikap hipokrit UMNO ini kerana kami tidak mahu pejuang2 serta pahlawan2 kami dihina sebegini rupa. Ayuh anak2 muda perwaris perjuangan bangsa,... harus kita tolak serta nyahkan permainan kotor serta licik dari UMNO/APCO ini................ Lawan ..... Tetap....... Lawan,......Takbir

No comments:

Post a Comment