Tok Guru

Tok Guru
Tiada pemimpin yang yang zuhud seperti Tuan Guru Nik Aziz.
Powered By Blogger

Search This Blog

Pages

Thursday, 8 July 2010

Kancah peneroka


Kemelut yang masih belum ada tanda penyelasaian masih menghantui warga penroka felda dan generasi kedua, ketiga dan seterusnya. Apakah yang perlu direnungkan sejenak oleh semua pemimpin2 yang hanya pandai berkokok sedangkan natijahnya ekor bergelumang dengan tahi2 yang kotor dan amat busuk.

Warga felda majoritinya adalah bangsa melayu yang dahulunya hidup didalam kedaiffan untuk meneruskan kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada aspirasi negara Malaysia sendiri. Apa yang dapat kita lihat senerio kehidupan warga felda ini amat terkongkong dengan undang2 felda itu sendiri dan seolah-olah ianya dapat ditafsirkan seperti didalam bentuk perhambaan moden. Peneroka dinafikan hak mereka sendiri dan sentiasa di pantau supaya patuh kepada setiap arahan dan undang2 felda, sedangkan mereka adalah tuan kepada tanah rancangan itu. Kehidupan yang penuh liku2 keperitan, seperti masaalah bekalan air dan harga yang tidak stabil serta di tambah dengan gejala2 moral dan penyalahgunaan dadah yang begitu berleluasa di mana2 felda.

Daripada lapuran audit membentangkan bahawa felda mempunyai rezab tunai 1.35 billion setelah ianya susut sebanyak 7.9 billion dalam masa 5 tahun sahaja. Sepatutnya felda pada masa kini harus mempunyai rezab tunai hampir 9.28 billion jika tiada ketirisan yang berlaku didalam masa 5 tahun kebelakangan ini. Apakah dengan dana yang sebanyak ini dimiliki oleh felda ianya tidak mampu untuk mengubah senerio yang masih terus melanda warga felda sekarang ???# ,...apakah pemimpin kita buta mata hatinya serta pekak pendengarannya untuk melihat dan mendengar setiap rintihan warga peneroka yang majoritinya adalah bangsa melayu sendiri. Apakah setiap rintihan dan permasalaahan warga peneroka ini hanya di kenang sewaktu adanya pilihanraya sahaja??????,.. sampai bila warga felda sentiasa digula2kan dan seterusnya di perbodohkan hak mereka sendiri ???,.. adakah sehingga 7 generasi atau seterusnya sehingga kiamat???.

Warga felda serta generasi yang mewarisi seharusnya sedar bahawa dengan dana felda yang banyak , kita sepatutnya mampu untuk menguruskan serta merancang dengan lebih baik serta tersusun untuk kemajuan serta kesinambungan kejayaan ekonomi setiap warga peneroka itu sendiri. Janganlah kita leka dan lalai dengan setiap cabaran semasa dan mestillah sentiasa istiqamah didalam perkara urusan dunia dan akhirat.

Soladiriti anak muda berbagai bangsa dan agama sentiasa memerhati dan memantau setiap apa jua permasalaahan warga felda kerana kita adalah warga Malaysia yang sentiasa sayang kepada negara kita dan ingin melihat Malaysia maju, berjaya dan cemerlang di persada antarabangsa .

Lawan......... tetap ........ Lawan,.........Takbir

No comments:

Post a Comment