Tok Guru

Tok Guru
Tiada pemimpin yang yang zuhud seperti Tuan Guru Nik Aziz.
Powered By Blogger

Search This Blog

Pages

Friday, 16 July 2010

Selamatkan Negara Kita


Inilah hakikat yang terpaksa dikecapi oleh rakyat 1 Malaysia yang mana rakyat diutamakan, muaaaaahhhhh.......... Sesudah mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu Anuar adalah agen CIA, kecurian pasir yang berleluasa di Selangor dan PAS adalah parti yang sesat, maka inilah hadiah kerajaaan UmGok/Bn kepada rakyat Malaysia.

Menjelang bulan Ramadhan dan Aidil Fitri yang hampir tiba,. maka skrip dan lakonan yang sama tetap berulang kembali bagi menambah keperitan dan bebanan bagi semua rakyat untuk meneruskan arus kehidupan. Semua rakyat perlu diperbodohkan bagi meneruskan kesinambungan rakus kerajaan untuk terus merompak duit rakyat dan mengekalkan kuasa mereka. Pakcik2 dan Makcik2 di kampung dan di felda perlu dikelirukan dengan ayat2 SELARAS bagi mengkaburi pemikiran mereka2 ini. Apa lagi yang harus diperkatakan bagi menyekat harga barangan yang akan terus melambung dengan kenaikan harga minyak, gas dan gula berkuatkuasa pada tengah malam ini 15/07/2010.

Tidak cukup kah dengan bebanan cukai, saman yang kerap dijalankan oleh PDRM mahupun JPJ dan harga barangan yang melambung serta berbagai masalah yang lain untuk terus menindas dan menzalimi rakyat ??????. Apakah pemimpin kita ini buta mata serta hati ataupun memamg telah dibutakan matahati oleh penasihat Zionis ( APCO ) untuk terus- terusan menjahanamkan rakyat Malaysia tanpa rasa belas kasihan.
Mungkin di ketika ini Menteri2 sedang lena dibuai mimpi yang indah bersama2 kemewahan yang dimiliki sedangkan rakyat tidur didalam kelaparan. Mereka2 ini layak dinobatkan sebagai petualang rakyat/negara kerana sanggup menjadi munafik dan mengaku sebagai pembela rakyat sedangkan mereka ini sebenarnya adalah perompak harta rakyat.

Ayuh,.... anak2 muda sekelian bangsa dan agama,.... mari kita bangun melawan serta bersatu untuk menumbangkan kerajaan yang korup dan zalim ini. Kita harus bangkit dan meneruskan agenda perubahan untuk selamatkan Malaysia dari pemerintahan yang kejam ini,..... harus kita tumbangkan gergasi yang bernama BN ini ,.. demi kesejahteraan dan demi maruah negara Malaysia. Anak muda harus bergerak untuk menyebarkan risalah kesedaran bagi semua bangsa terutama di kampung2 dan felda2 serta memperbanyakkan gerakan di serata pelusuk tempat. Kita harus berani turunke jalan2 raya jika keadaan memerlukan kita sampai ke tahap yang sebegitu...., kita mesti tunjukkan keberanian kita selaku anak muda penerus kesinambunggan seluruh bangsa di Malaysia ,.. demi untuk negara Malaysia yang kita cintai.

AyUh,...... LAWAN TETAP LAWAN,..... TAKBIR

Thursday, 8 July 2010

Kancah peneroka


Kemelut yang masih belum ada tanda penyelasaian masih menghantui warga penroka felda dan generasi kedua, ketiga dan seterusnya. Apakah yang perlu direnungkan sejenak oleh semua pemimpin2 yang hanya pandai berkokok sedangkan natijahnya ekor bergelumang dengan tahi2 yang kotor dan amat busuk.

Warga felda majoritinya adalah bangsa melayu yang dahulunya hidup didalam kedaiffan untuk meneruskan kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada aspirasi negara Malaysia sendiri. Apa yang dapat kita lihat senerio kehidupan warga felda ini amat terkongkong dengan undang2 felda itu sendiri dan seolah-olah ianya dapat ditafsirkan seperti didalam bentuk perhambaan moden. Peneroka dinafikan hak mereka sendiri dan sentiasa di pantau supaya patuh kepada setiap arahan dan undang2 felda, sedangkan mereka adalah tuan kepada tanah rancangan itu. Kehidupan yang penuh liku2 keperitan, seperti masaalah bekalan air dan harga yang tidak stabil serta di tambah dengan gejala2 moral dan penyalahgunaan dadah yang begitu berleluasa di mana2 felda.

Daripada lapuran audit membentangkan bahawa felda mempunyai rezab tunai 1.35 billion setelah ianya susut sebanyak 7.9 billion dalam masa 5 tahun sahaja. Sepatutnya felda pada masa kini harus mempunyai rezab tunai hampir 9.28 billion jika tiada ketirisan yang berlaku didalam masa 5 tahun kebelakangan ini. Apakah dengan dana yang sebanyak ini dimiliki oleh felda ianya tidak mampu untuk mengubah senerio yang masih terus melanda warga felda sekarang ???# ,...apakah pemimpin kita buta mata hatinya serta pekak pendengarannya untuk melihat dan mendengar setiap rintihan warga peneroka yang majoritinya adalah bangsa melayu sendiri. Apakah setiap rintihan dan permasalaahan warga peneroka ini hanya di kenang sewaktu adanya pilihanraya sahaja??????,.. sampai bila warga felda sentiasa digula2kan dan seterusnya di perbodohkan hak mereka sendiri ???,.. adakah sehingga 7 generasi atau seterusnya sehingga kiamat???.

Warga felda serta generasi yang mewarisi seharusnya sedar bahawa dengan dana felda yang banyak , kita sepatutnya mampu untuk menguruskan serta merancang dengan lebih baik serta tersusun untuk kemajuan serta kesinambungan kejayaan ekonomi setiap warga peneroka itu sendiri. Janganlah kita leka dan lalai dengan setiap cabaran semasa dan mestillah sentiasa istiqamah didalam perkara urusan dunia dan akhirat.

Soladiriti anak muda berbagai bangsa dan agama sentiasa memerhati dan memantau setiap apa jua permasalaahan warga felda kerana kita adalah warga Malaysia yang sentiasa sayang kepada negara kita dan ingin melihat Malaysia maju, berjaya dan cemerlang di persada antarabangsa .

Lawan......... tetap ........ Lawan,.........Takbir

Jauh panggang dari api

Apa yang diterbitkan didalam Sinar Harian 4 Julai baru2 ini jelas menggambarkan sikap dan budaya mengampu ketua masih belum hilang di dalam politik umno itu sendiri. Warga pahang amat berdukacita apabila PM Najib Razak hendak disamakan martabat dan darjat sebaris dengan pejuang dan pahlawan Pahang yang luhur dan murni perjuangannya untuk membebaskan tanahair dari cengkaman penjajah Inggeris suatu ketika dulu.
Perjuangan Mat Kilau , Dato' Bahaman serta Tok Gajah tidak boleh hendak disamakan dengan perjuangan politik Najib Razak kerana perjuangan mereka adalah berpandukan kepada hukum Allah serta ingin melihat anak cucu mereka bebas dan merdeka dari ketuanan penjajah Inggeris di bumi Pahang ini. Perjuangan mereka juga bukan untuk mengumpul harta kekayaan untuk kaum keluarga serta cekal memegang prinsip tak kan tunduk kepada penjajah walau dengan apa cara sekalipun walau pun nyawa menjadi taruhan.
Apa yang boleh kita lihat pada senerio masa kini, musuh dijadikan sahabat demi untuk mencapai cita2 peribadi serta demi untuk mengekalkan kuasa serta pangkat.
Apa yang telah di lakukan oleh UMNO Bhg Jerantut, merupakan satu bentuk penghinaan keatas Pahlawan Pahang kerana Mat Kilau adalah pejuang yang tinggi martabat serta darjat, malah tahap pengajian ilmu agamanya jauh sekali jika hendak di samakan dengan Presiden UMNO mereka. Mat Kilau tidak pernah mengharapkan sebarang bentuk ganjaran serta pangkat kebesaran didalam perjuangan beliau, malah beliau telah dianggap pengkhianat diatas perjuangan suci beliau.
Janganlah kita sebagai perwaris perjuangan beliau termakan dengan tipu helah serta dilekakan oleh budaya songsang UMNO yang licik untuk memanipulasikan keadaan dan waktu. Perjuangan Mat Kilau tidak pernah menggunakan pangkat dan kuasa untuk kepentingan sendiri, malah jauh sekali untuk bersahabat dengan Yahudi Lahkantullah seperti apa yang berlaku pada ketika ini. Kami sebagai soladiriti anak muda Pahang berasa terpanggil untuk menyatakan rasa kekecewaan diatas sikap hipokrit UMNO ini kerana kami tidak mahu pejuang2 serta pahlawan2 kami dihina sebegini rupa. Ayuh anak2 muda perwaris perjuangan bangsa,... harus kita tolak serta nyahkan permainan kotor serta licik dari UMNO/APCO ini................ Lawan ..... Tetap....... Lawan,......Takbir

Sunday, 27 June 2010

Lompat,... si Katak ,...... Lompat


Apalagi yang hendak dipersembahkan oleh petualang dan pengkhianat perjuangan rakyat ini,. seperti orang yang dirasuk oleh sumpahannya sendiri Ezam sanggup diperhambakan dan di cabul maruah dirinya demi untuk kepuasan matlamat peribadinya tercapai. Lagak dan persembahannya tak ubah seperti tukang karut yang biasa kita tonton di dalam persembahan watyang kulit.

Rakyat bukanlah sebodoh dan sehipokrit itu, untuk menerima apa juga betuk pendedahan yang langsung tiada kesan dan motif untuk dijadikan bahan rujukkan bagi mencapai status negara yang berjaya dan cemerlang. Ahli uMno/aPco sendiri pun tiada menunjukan sebarang minat dan sokongan kepada senator katak ini, kerana mereka merasakan perjuangan yang mereka korbankan selama ini taida nilai dan penghargaan dari pimpinan mereka sendiri sedangkan katak yang melompat mendapat habuan yang lebih lumayan serta pengiktirafaan yang lebuh tinggi dari mereka yang berjuang bersama2 dengan masyarakat dari peringkat bawahan.

Inilah senerio, amalan serta budaya uMno/aPco dulu, kini dan selamanya.. dan amalan ini juga bakal akan mentalkinkan uMno itu dengan lebih cepat kerana di tambah pula dengan amalan politik wang dan kroni. Kami dari sudut perjuangan soladiriti anak muda amat beterima kasih dengan situasi yang sebegini kerana ianya menjadi satu kelebihan kepada kami untuk menaganginya.

Untuk semua rakyat Malaysia berbilang kaum dan fahaman agama,.. marilah kita sama2 tumbangkan dan kuburkan uMno/aPco ini, .... sama2 kita bersatu dalam pakatan untuk mara ke Putrajaya.

Lawan ...... tetap..... Lawan

HiDup ......... RaKyat .. ..  MALAYSIA

salah gelangang

Jangan lah kita rakyat Malaysia hendak dikejutkan dan perbodohkan oleh kerajaan umno/apco dengan kemasukan seramai 40 orang ulamak muda ke dalam umno kerana ini semua adalah gimik politik yang diguna pakai untuk mengkaburi pemikiran pakcik2 dan makcik di kampung dan di felda2.

Ulamak sepatutnya digunakan untuk memantapkan lagi syiar dakwah ke atas pembangunan masyarakat yang sepatutnya di tunjangi oleh badan2 seperti JAKIM, IKIM dan sebagainya. Membawa masuk ulamak ke dalam kancah parti politik adalah sesuatu yang jauh lari dari matlamat apa yang sepatutnya perlu di pertanggungjawabkan ke atas golongan ini.

Jika kita renungkan kembali kisah Pak Anwar yang membawa kes beliau ke Mahkamah Syariah atas tuntutan qazaf kerana ianya melibatkan sesama islam,.... tetapi apa yang boleh kita lihat adalah, ianya telah dihalang sendiri oleh Menteri yang sepatutnya dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal agama islam itu sendiri. Oleh itu jangan lah kita leka dengan lawak bodoh serta dayus dari kerajaan umno/apco ini kerana fokus kita lebih jauh dan penting dari cerita2 yang melekakan dan memperbodohkan rakyat ini.

Begitu juga jika kita lihat tentang isu sumpah yang mana ianya amat memalukan kita sebagai orang islam, kerana taksubnya seseorang itu kepada pangkat dan darjat, sampai sanggup mengenepikan hukum2 yang sepatutnya di patuhi didalam islam itu sendiri. Perkara yang melibatkan akidah boleh dijadikan bahan permainan politik kotor untuk mengekalkan kuasa dan mengejar habuan harta dunia,.. masyaallah.

Setiap kita yang memegang kepada akidah serta tekad untuk membawa perubahan yang baik kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama mesti bersatu dan bertekad untuk sama2 di dalam satu pakatan untuk sama2 berjuang bagi menumbangkan kerajaan uMno/aPco yang telah terlalu lama menzalimi, mengkhianati serta memperbodohkan rakyat Malaysia ini.

Soladiriti anak muda harus bangkit menyatakan pendirian anak muda berbagai bangsa dan agama untuk melihat negara kita maju, berjaya dan di hormati oleh semua penduduk dunia.

Lawan tetap Lawan,...... Takbir

Friday, 18 June 2010

Join GMJ ( bangun semua anak muda )


Kami dari soladiriti anak muda berbagai bangsa akan turut bersama2 pada 3 Julai, pada jam 2:00 ptg di Istana Negara bagi menyatakan sokongan terhadap Himpunan Rakyat Membantah Judi.

LaWan  TetaP LaWan,.....      Takbir

Thursday, 17 June 2010

Hak & Ketentuan Allah


Alhamdulillah,... syukur kepada Allah yang maha berkuasa terhadap hambanya. Inilah nikmat dan hebatnya kekuasaan Allah terhadap sesiapa tanpa mengira pangkat dan darjat jika itu adalah khendaknya. Janganlah kita sesekali berlaku zalim terhadap orang lain kerana kita juga adalah hamba Allah yang lemah dan tiada upaya jika bukan dengan khendaknya. Apa yang berlaku di sambutan Kelantan Fiesta di Stadium Sultan Mohammad k-IV di Kota Bahru semalam.

Setelah mereka dinafikan hak mereka dalam tuntutan royalti minyak, kini Najib datang untuk memainkan sandiwara untuk bersama2 dengan Kerajaan Negeri sambil mengundang Pemangku Raja Kelantan iatu Tengku Mohammad Faris Petra untuk merasmikan majlis kemuncak gilang gemilang fiesta pada malam itu. Takdir menentukan segala2nya dan  kuasa Allah menentukan segalanya yang terjadi di Kota Bahru semalam.

Hujan yang amat lebat berserta dengan angin kencang dan berbagai masaalah lain datang bertimpa2, sehinggakan Stoopa Jeli terpaksa menggunakan heiler untuk bercakap pada hadirin yang hadir dengan kehadirannya tak sampai 500 orang .

Monday, 14 June 2010

indah khabar dari rupa





Inilah realiti sebenar apa yang telah berlaku di program 'Melayu Bangkit' di Kuala Terenganu hari ini, hambar dan menyedihkan. Mahathir dalam ucapannya juga menyifatkan bantahan pembangkang ke atas lesen pertaruhan  sukan bukanlah bantahan dari segi agama tetapi adalah bantahan dari segi politik semata-mata. Beliau juga mempersoalkan adakah DAP turut mendokong hukum serta ajaran islam dalam isu ini kerana turut sama dengan PAS dan Keadilan dalam bantahan ini.

Adakah mantan Perdana Menteri ini sedar bahawa apa yang beliau katakan adalah melibatkan akidahnya, apa yang perlu ditegaskan di sini adalah jika UMNO/BN tidak mahu melalui jalan yang lurus, janganlah membawa orang lain pula ke jalan yang sesat dan rugi. Cukuplah dengan berbagai masaalah yang rakyat tengah hadapi sekarang ini dan janganlah pula, sampai hendak disesatkan pula akidahnya.

Rakyat pada masa ini telah sedar dan cerdik kerana sudah puas diperbodohkan oleh pemerintah yang maha kejam dan zalim, mereka telah bangkit daripada dilena/dilalaikan oleh para pendokong amanah yang telah meletakkan mereka didalam acuan serta kepompong malas,lalai,selesa,subsidi dan berbagai lagi. Kami telah berjaya memecahkan acuan 50th pemerintahan korup dan kejam ini,. kami soldiriti anak muda berbagai bangsa serta agama ingin melihat negara kami selamat dan maju.

Putrajaya bakal menobatkan pemerintah yang baru,.... pemerintah yang berjuang untuk rakyat dan bukan berjuang untuk keluarga, kroni dan memperkayakan cukong2.  Ayuuuuh anak muda semua,... mari kita angkat dan mermartabatkan negara kita ,... MALAYSIA

Hidup,..... Hidup,...... Hidup RAkYat

HaNcur,.... HaNcur,......HaNcur   BN

Takbir....

pergi nya seorang pejuang

 Pada hari ini jam 2:00 ptg, telah dapat berita tentang kembalinya kerahmatullah iatu Ustaz Hassan Shukri, beliau merupakan bekas Timbalan Priseden Pas dan telah menghembusan nafas terakhir beilau di Hospital Selayang. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau, ( Al- Fatihah )

Saturday, 12 June 2010

Senjata kita


Asslamualaikum,... maril lah kita bersama2 mendoakan semoga negara Malaysia kita aman dan sejahtera serta bebas dari cengkaman pemerintahan yang zalim ini.  Kita tak punyai para wali seperti yang ada di bumi Indonesia tapi yang ada hanyalah iman dan ketaqwaan kita kepada Allah swt.

Allah tidak akan redha terhadap orang2 munafik lagi fasik di atas perbuatan mereka di atas muka bumi ini.

Takbir,...  ALLAHUUAKBAR

akidah , pangkat & darjat



Amanah seharusnya di pikul oleh yang mampu memikul amanah tersebut,. jika amanah itu di khianati maka apakah takrif yang seharusnya diletakakan terhadap golongan ini ?????

Jika di pentas forum kita membicarakan soal hukum, sirah dan syariaat, maka apabila kita sendiri di uji oleh Allah swt dengan ujian yang sedikit ini, kita mengenepikan semua perintah dan larangannya dan menghalalkan semua kemungkaran demi mencapai matlamat kita di dunia ini. Dimanakah JAKIM dan Tuan2 Mufti yang sepatutnya tampil dengan berani dan lantang dalam menyatakan kebenaran, adakan kita mahu di anggap syaitan bisu lagi bacul dalam menangani isu ini ????.

Kami, soadiriti anak muda berlainan bangsa dan agama ingin menyatakan pendirian kami serta tuntutan agama kami menolak dan tetap mengharamkan sebarang bentuk pertaruhan sukan yang telah diluluskan lesen tersebut oleh pihak pemerintah UMNO/APCO. Kami sebagai anak muda perwaris bangsa tidak sanggup melihat anak bangsa di Malaysia ini rosak fahaman akidahnya serta hancur sahsiaah diri mereka. Kami juga tidak mahu diheret sama ke neraka jahannam oleh kerana harus menerima serta akur dengan dengan arahan dan perintah dari pemerintah yang kejam lagi zalimm.

Ayuh,.... bangun anak2 muda perwaris sekelian bangsa serta agama...harus kita tentang habis2an pemerintahan ini, kita harus bersatu untuk menuntut keadilan bagi semua kaum di bumi Malaysia  yang kita semua sayangi ini.

Lawan tetap Lawan........ Takbir,..

Friday, 11 June 2010

Temerloh bandar Pejuang


Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu padulah segenap bangsa
Membela hak keadilan pusaka

Dr Burhanuddin Al-Helmy



     Pahlawan

Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau
penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat

Usman Awang

Thursday, 10 June 2010

Perjuangan tanpa darjat


Tahniah dan syabas kepada Datuk Chua Jui Meng kerana tabah dalam menempuh arus perjuangan bersama Pakatan Rakyat dalam merealisasikan perjuangan rakyat demi maruah dan kejayaan Malaysia yang kita semua cintai. Saya sebagai rakyat Malaysia merasa amat berbangga atas semangat perjuangan beliau yang sanggup menempuh pahit dan ranjau dalam perjuangan bersama2 Pakatan Rakyat demi rasa cinta dan sayang kepada negara dan semua rakyat Malaysia.

Pangkat dan darjat bukan lah menjadi ukuran dan ganjaran dalam perjuangan demi rakyat,.apabila kita renungkan kembali perjuangan pejuang terdahulu yang sanggup mengadaikan jiwa,harta dan kesenangan demi untuk memerdekakan negara kita ini dari cengkaman penjajah . Mereka sanggup berada didalam kesulitan dan penderitaan demi untuk melihat anak cucu mereka bebas dari penjajahan.

Saya mengambil ikhtibar dari perjuangan moyang saya ketika bersama2 berjuang di dalam Rejimen K-10 dahulu, yang sanggup hidup didalam kesusahan dan penderitaan demi untuk kemerdekaan tanah air yang tercinta. Sanggup hidup susah di hutan belantara, meninggalkan anak dan harta benda, bukanlah satu perjuangan yang mampu dilakukan oleh pejuang pada masa kini. Takdir dan hebatnya kekuasaan Allah diatas perjuangan yang suci ini, maka Allah akan sentiasa bersama2 dengan hambanya yang berjuang demi agama, bangsa & tanahairnya tanpa mengharapkan sebarang imbuhan, darjat & gelaran. Mereka ini sanggup ada pusara tanpa ada tanda dan sanggup di hina dengan tanggapan pengkhianat negara,.. tapi Allah tetap bersama2 mereka, ( Al- Fatihah ). untuk mereka2 semua.

Bangun lah wahai rakyat Malaysia,.. untuk kita sama2 selamatkan Malaysia dari pemerintahan yang korup dan sentiasa ingin memperbodohkan rakyat.

Untuk manusia yang bernama Chua Jui Meng,.. kami rakyat Malaysia sentiasa ada bersama2 anda untuk terus meniupkan api perjuangan rakyat,... hidup,...hidoop,.. hiduoop RAKYAT

TAKBIIRRR..... ALLAH  HUUUAKBAR

Pengkhianatan kepada Rakyat Malaysia


Setelah lembab dalam melakukan tindakan terhadap aduan dari para sukarelawan rakyat Malaysia bersama beberapa sukarelawan lain warga Turki yang ada bersama2 dalam kapal Mavi Marmara untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kini,.. telah membenarkan kapal kontena milik israel yahudi lakhnat ini berlabuh singgah singgah di pelabuhan Klang dan di bumi Malaysia ini.

Setelah berjaya melakonkan watak hipokrit dengan jaya nya,.. kini rakyat Malaysia sekali lagi telah di cabuli maruah dan kedaulatan negaranya akibat pengkhianatan pemerintah yang ternyata hipokrit dalam menangani masalaah ini. Apakah rakyat Malaysia ini adalah satu bangsa yang sentiasa hendak dibodohkan oleh pemerintah sampai khiamat,. kalau sebelum ini banyak persoalan yang tidak mampu di jawap dalam Parlimen oleh fakta yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang,. jangan lah kami sebagai rakyat yang ada hak terhadap maruah dan kedaulatan negara di cabuli haknya.

Ini adalah satu petaka kepada maruah & kedaulatan kami rakayt Malaysia. Jika sudah tidak mampu memikul amanah yang telah diberikan oleh rakyat,.. berundurlah demi maruah, kedaulatan & keselamatan kami sebagai rakyat Malaysia yang sayang kepada negara kami & semua kaum yang ada di Malaysia ini demi kemajuan & kejayaan bumi bertuah bernama Malaysia.

Takbir,...

Wednesday, 9 June 2010

cakap tak serupa bikin


Semalam Kementerian Kewangan menegaskan belum mengeluarkan lagi lesen pertaruhan sukan itu untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai tentang perkara ini. Lucu dan bangangnya jawapan yang telah diberikan oleh menteri2 kita di Malaysia ini. Oleh kerana terdesak dengan bantahan besar2an daripada PR dan dikalangan ahli UMNO sendiri, maka inilah jawapan yang diterima oleh rakyat.

Saya amat menyangjung pendirian dan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mufti Selangor , tanpan rasa gentar beliau tetap dengan pendirian untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini. Dimanakah kenyataan mufti2 dari negeri2 lain ???, yang selalu mengeluarkan fatwa2 ???.

Apakah dalam menegakkan hukum Allah ini, kita perlu mendapat arahan atau garis panduan dari menteri2 besar di setiap negeri ???, jawaplah kamu dengan Allah nanti di akhirat kelak. Bangsa melayu belum dapat di pulihkan sepenuhnya lagi dalam permasalahaan penagihan najis dadah, mengapa ingin diangkat satu permasalahaan yang baru dan bakal memusnahkan lagi masa depan bangsa melayu dan bangsa2 lain di Malaysia ini.

Enough,...is enough..., ayuh soladiriti anak muda dari sekelian bangsa di Malaysia,. mari kita bangun dan menyatakan pendirian untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus hanyut dengan pemerintahan yang jelas menyimpang dari dasar setelah di berikan amanah oleh rakyat.

Lawan tetap lawan,... takbir

Monday, 7 June 2010

Halal & haram

Apa nak jadi dengan pemerintah yang mengenepikan hukum Allah, kita sebagai rakyat wajarkah menyokong pemerintah yang telah di beri mandat oleh rakyat untuk menegakkan hukum & syariatnya. Menghalalkan yang haram adalah satu dosa kerana ianya membabitkan akidah kita sebagai umat islam. Untuk itu, wajarlah kita sebagai umat Muhammad yang mendokong syariatnya dan mengamalkan fahaman ahli sunnah wal-jaamaah, bangkit menentang setiap apa kemungkaran yang berlaku di atas muka bumi Allah ini.

Meluluskan dan memberi kebenaran judi di atas muka bumi Malaysia ini adalah satu bentuk pengkhianatan kepada umat islam dan bangsa2 lain yang lain pegangan agamanya kerana ianya banyak menimbulkan masaalah keruntuhan akhlak,institusi keluarga dan gejala2 lain. Makin bertambahlah gejala2 sosial,jenayah dan keruntuhan rumahtangga.

Ayuh,.. bangun anak2 muda
kita tentang habis2an tentang permasaalahan ini,. jadikan ianya sebagai satu wadah perjuangan kita untuk menentang kezaliman yang di timbulkan oleh pemerintah yang kejam dan zalim ini.

Takbir,.. Allah huu akbar

Sunday, 6 June 2010

Salam perkenalan

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca dan para blogger,.... matlamat blog ini adalah untuk memaparkan sejarah perjuangan datuk nenek kami mengusir penjajah dari bumi semantan. Perjuangan ini harus kami teruskan demi perjuangan rakyat Malaysia menuntut keadilan bagi semua rakyat di bumi Malaysia yang bertuah ini.