Tok Guru

Tok Guru
Tiada pemimpin yang yang zuhud seperti Tuan Guru Nik Aziz.
Powered By Blogger

Search This Blog

Pages

Wednesday, 9 June 2010

cakap tak serupa bikin


Semalam Kementerian Kewangan menegaskan belum mengeluarkan lagi lesen pertaruhan sukan itu untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai tentang perkara ini. Lucu dan bangangnya jawapan yang telah diberikan oleh menteri2 kita di Malaysia ini. Oleh kerana terdesak dengan bantahan besar2an daripada PR dan dikalangan ahli UMNO sendiri, maka inilah jawapan yang diterima oleh rakyat.

Saya amat menyangjung pendirian dan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mufti Selangor , tanpan rasa gentar beliau tetap dengan pendirian untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini. Dimanakah kenyataan mufti2 dari negeri2 lain ???, yang selalu mengeluarkan fatwa2 ???.

Apakah dalam menegakkan hukum Allah ini, kita perlu mendapat arahan atau garis panduan dari menteri2 besar di setiap negeri ???, jawaplah kamu dengan Allah nanti di akhirat kelak. Bangsa melayu belum dapat di pulihkan sepenuhnya lagi dalam permasalahaan penagihan najis dadah, mengapa ingin diangkat satu permasalahaan yang baru dan bakal memusnahkan lagi masa depan bangsa melayu dan bangsa2 lain di Malaysia ini.

Enough,...is enough..., ayuh soladiriti anak muda dari sekelian bangsa di Malaysia,. mari kita bangun dan menyatakan pendirian untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus hanyut dengan pemerintahan yang jelas menyimpang dari dasar setelah di berikan amanah oleh rakyat.

Lawan tetap lawan,... takbir

No comments:

Post a Comment