Tok Guru

Tok Guru
Tiada pemimpin yang yang zuhud seperti Tuan Guru Nik Aziz.
Powered By Blogger

Search This Blog

Pages

Monday, 14 June 2010

indah khabar dari rupa





Inilah realiti sebenar apa yang telah berlaku di program 'Melayu Bangkit' di Kuala Terenganu hari ini, hambar dan menyedihkan. Mahathir dalam ucapannya juga menyifatkan bantahan pembangkang ke atas lesen pertaruhan  sukan bukanlah bantahan dari segi agama tetapi adalah bantahan dari segi politik semata-mata. Beliau juga mempersoalkan adakah DAP turut mendokong hukum serta ajaran islam dalam isu ini kerana turut sama dengan PAS dan Keadilan dalam bantahan ini.

Adakah mantan Perdana Menteri ini sedar bahawa apa yang beliau katakan adalah melibatkan akidahnya, apa yang perlu ditegaskan di sini adalah jika UMNO/BN tidak mahu melalui jalan yang lurus, janganlah membawa orang lain pula ke jalan yang sesat dan rugi. Cukuplah dengan berbagai masaalah yang rakyat tengah hadapi sekarang ini dan janganlah pula, sampai hendak disesatkan pula akidahnya.

Rakyat pada masa ini telah sedar dan cerdik kerana sudah puas diperbodohkan oleh pemerintah yang maha kejam dan zalim, mereka telah bangkit daripada dilena/dilalaikan oleh para pendokong amanah yang telah meletakkan mereka didalam acuan serta kepompong malas,lalai,selesa,subsidi dan berbagai lagi. Kami telah berjaya memecahkan acuan 50th pemerintahan korup dan kejam ini,. kami soldiriti anak muda berbagai bangsa serta agama ingin melihat negara kami selamat dan maju.

Putrajaya bakal menobatkan pemerintah yang baru,.... pemerintah yang berjuang untuk rakyat dan bukan berjuang untuk keluarga, kroni dan memperkayakan cukong2.  Ayuuuuh anak muda semua,... mari kita angkat dan mermartabatkan negara kita ,... MALAYSIA

Hidup,..... Hidup,...... Hidup RAkYat

HaNcur,.... HaNcur,......HaNcur   BN

Takbir....

No comments:

Post a Comment