Alhamdulillah,... syukur kepada Allah yang maha berkuasa terhadap hambanya. Inilah nikmat dan hebatnya kekuasaan Allah terhadap sesiapa tanpa mengira pangkat dan darjat jika itu adalah khendaknya. Janganlah kita sesekali berlaku zalim terhadap orang lain kerana kita juga adalah hamba Allah yang lemah dan tiada upaya jika bukan dengan khendaknya. Apa yang berlaku di sambutan Kelantan Fiesta di Stadium Sultan Mohammad k-IV di Kota Bahru semalam.
Setelah mereka dinafikan hak mereka dalam tuntutan royalti minyak, kini Najib datang untuk memainkan sandiwara untuk bersama2 dengan Kerajaan Negeri sambil mengundang Pemangku Raja Kelantan iatu Tengku Mohammad Faris Petra untuk merasmikan majlis kemuncak gilang gemilang fiesta pada malam itu. Takdir menentukan segala2nya dan kuasa Allah menentukan segalanya yang terjadi di Kota Bahru semalam.
Hujan yang amat lebat berserta dengan angin kencang dan berbagai masaalah lain datang bertimpa2, sehinggakan Stoopa Jeli terpaksa menggunakan heiler untuk bercakap pada hadirin yang hadir dengan kehadirannya tak sampai 500 orang .
Inilah pengajaran yang boleh di bawa balik oleh Najib sepanjang kunjungan beliau ke Kelantan untuk menyusun pimpinan UmNo/Bn sebelum pilihanraya ke-13 diadakan pada bila2 masa atas arahan PM. Apakah mereka lupa bahawa disitulah ribuan umat sujud sambil berdoa memohon supaya dikembalikan hak mereka berkaitan tuntutan royalti minyak dan di pentas ini juga bakal menyaksikan satu sandiwara yang rakyat sedia tahu tentang pembohongannya. Rakyat bukanlah sentiasa dan terus ingin diperbodohkan oleh pemerintah yang telah jelas berlaku kejam serta menafikan hak mereka selama nie, sedarlah wahai pemerintah bahawa Tuhan tetap bersama2 orang yang dizalimi serta doa mereka tiada halangan untuk sampai terus kepada Allah.
Ayuh,... anak muda soladiriti berbagai bangsa, .. mari kita bersatu untuk menumbangkan pemerintahn yang kejam dan zalim ini,.... lawan tetap lawan,... Takbir,... ALLAHUUAKBAR

No comments:
Post a Comment