Tok Guru

Tok Guru
Tiada pemimpin yang yang zuhud seperti Tuan Guru Nik Aziz.
Powered By Blogger

Search This Blog

Pages

Sunday, 27 June 2010

salah gelangang

Jangan lah kita rakyat Malaysia hendak dikejutkan dan perbodohkan oleh kerajaan umno/apco dengan kemasukan seramai 40 orang ulamak muda ke dalam umno kerana ini semua adalah gimik politik yang diguna pakai untuk mengkaburi pemikiran pakcik2 dan makcik di kampung dan di felda2.

Ulamak sepatutnya digunakan untuk memantapkan lagi syiar dakwah ke atas pembangunan masyarakat yang sepatutnya di tunjangi oleh badan2 seperti JAKIM, IKIM dan sebagainya. Membawa masuk ulamak ke dalam kancah parti politik adalah sesuatu yang jauh lari dari matlamat apa yang sepatutnya perlu di pertanggungjawabkan ke atas golongan ini.

Jika kita renungkan kembali kisah Pak Anwar yang membawa kes beliau ke Mahkamah Syariah atas tuntutan qazaf kerana ianya melibatkan sesama islam,.... tetapi apa yang boleh kita lihat adalah, ianya telah dihalang sendiri oleh Menteri yang sepatutnya dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal agama islam itu sendiri. Oleh itu jangan lah kita leka dengan lawak bodoh serta dayus dari kerajaan umno/apco ini kerana fokus kita lebih jauh dan penting dari cerita2 yang melekakan dan memperbodohkan rakyat ini.

Begitu juga jika kita lihat tentang isu sumpah yang mana ianya amat memalukan kita sebagai orang islam, kerana taksubnya seseorang itu kepada pangkat dan darjat, sampai sanggup mengenepikan hukum2 yang sepatutnya di patuhi didalam islam itu sendiri. Perkara yang melibatkan akidah boleh dijadikan bahan permainan politik kotor untuk mengekalkan kuasa dan mengejar habuan harta dunia,.. masyaallah.

Setiap kita yang memegang kepada akidah serta tekad untuk membawa perubahan yang baik kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama mesti bersatu dan bertekad untuk sama2 di dalam satu pakatan untuk sama2 berjuang bagi menumbangkan kerajaan uMno/aPco yang telah terlalu lama menzalimi, mengkhianati serta memperbodohkan rakyat Malaysia ini.

Soladiriti anak muda harus bangkit menyatakan pendirian anak muda berbagai bangsa dan agama untuk melihat negara kita maju, berjaya dan di hormati oleh semua penduduk dunia.

Lawan tetap Lawan,...... Takbir

No comments:

Post a Comment