Thursday, 10 June 2010
Perjuangan tanpa darjat
Tahniah dan syabas kepada Datuk Chua Jui Meng kerana tabah dalam menempuh arus perjuangan bersama Pakatan Rakyat dalam merealisasikan perjuangan rakyat demi maruah dan kejayaan Malaysia yang kita semua cintai. Saya sebagai rakyat Malaysia merasa amat berbangga atas semangat perjuangan beliau yang sanggup menempuh pahit dan ranjau dalam perjuangan bersama2 Pakatan Rakyat demi rasa cinta dan sayang kepada negara dan semua rakyat Malaysia.
Pangkat dan darjat bukan lah menjadi ukuran dan ganjaran dalam perjuangan demi rakyat,.apabila kita renungkan kembali perjuangan pejuang terdahulu yang sanggup mengadaikan jiwa,harta dan kesenangan demi untuk memerdekakan negara kita ini dari cengkaman penjajah . Mereka sanggup berada didalam kesulitan dan penderitaan demi untuk melihat anak cucu mereka bebas dari penjajahan.
Saya mengambil ikhtibar dari perjuangan moyang saya ketika bersama2 berjuang di dalam Rejimen K-10 dahulu, yang sanggup hidup didalam kesusahan dan penderitaan demi untuk kemerdekaan tanah air yang tercinta. Sanggup hidup susah di hutan belantara, meninggalkan anak dan harta benda, bukanlah satu perjuangan yang mampu dilakukan oleh pejuang pada masa kini. Takdir dan hebatnya kekuasaan Allah diatas perjuangan yang suci ini, maka Allah akan sentiasa bersama2 dengan hambanya yang berjuang demi agama, bangsa & tanahairnya tanpa mengharapkan sebarang imbuhan, darjat & gelaran. Mereka ini sanggup ada pusara tanpa ada tanda dan sanggup di hina dengan tanggapan pengkhianat negara,.. tapi Allah tetap bersama2 mereka, ( Al- Fatihah ). untuk mereka2 semua.
Bangun lah wahai rakyat Malaysia,.. untuk kita sama2 selamatkan Malaysia dari pemerintahan yang korup dan sentiasa ingin memperbodohkan rakyat.
Untuk manusia yang bernama Chua Jui Meng,.. kami rakyat Malaysia sentiasa ada bersama2 anda untuk terus meniupkan api perjuangan rakyat,... hidup,...hidoop,.. hiduoop RAKYAT
TAKBIIRRR..... ALLAH HUUUAKBAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment